Hana Zakaria Wedding Planner: Garden Wedding, Anyone? :)

Garden Wedding, Anyone? :)


Salam, dearies :)

Ramai bride-to-be 2012 yang bertanyakan quotation untuk Garden Wedding. Mungkin dah menjadi trend semula Garden Wedding ni kalangan bride-to-be. Mungkin juga lepas menonton Twilight kan :) Hana pun kagum dengan kecantikan Garden Wedding dalam movie tu. Di Malaysia ni susah nak dapatkan suasana hutan macamtu, kalau ada yang nak buat Garden Wedding mungkin boleh direalisasikan tapi di open space contohnya di Taman Warisan (Putrajaya), di perkarangan hotel, atau di rumah. Atau boleh ke request nak buat dalam Taman Rama-Rama atau Taman Bunga? Heee :) Kalau di Melaka, Hana macam nak cadangkan anda buat wedding di depan Majlis Perbandaran Melaka (MBMB), yang ada open space n siap dengan water feature n bunga-bunga lagi. Tapi boleh ke? :)

Perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum membuat Garden Wedding, adalah cuaca. Sebab di Malaysia ni cuaca nya berubah-ubah. Canopy adalah perlu untuk keselesaan tetamu duduk dan makan, in case kalau cuaca bertukar secara tiba-tiba tak la kita kelam kabut kn :) Tapi cara pengayaan canopy pun perlu la sesuai dengan theme Garden Wedding, tak perlu sarat dengan warna. Cukup sekadar warna putih atau hijau sahaja. Manakala curtain pula diikat cara butterfly dan biarkan ianya flowy :)

Dari segi dekorasi pula, bagi Hana lebih gemar kepada structure garden (gazebo, bird bath n etc), dedaun hijau dan bungaan berwarna putih. Simple dan segar.

Jika berminat sila sms Hana di no 012-564 3488 :)