Hana Zakaria Wedding Planner: Tempahan Pelamin

Tempahan Pelamin


Hye beautifulsss :)

Pada entry kali ini, Hana akan terangkan jenis-jenis pelamin yang ditawarkan oleh HZWP. Diharapkan entry ini dapat membantu anda membuat pilihan :)


Terdapat
2 jenis pilihan pelamin yang ditawarkan kepada anda, iaitu:

i. Pelamin
'Custom Made'
ii. Pelamin 'Ready Made'

__________________________________________________________________________


Apa itu Pelamin
'Custom Made' ?

Pelamin ini ialah pelamin dimana designnya belum pernah digunakan oleh clients kami sebelum ini. Ianya akan direka khas untuk anda yang gemarkan kelainan daripada design pelamin yang sedia ada.



Bagaimana cara nak tempah Pelamin
'Custom Made' ?

Mudah saja! Anda hanya perlu memberitahu konsep/tema yang diingini. Yang paling penting anda perlu memberitahu kami
budget preference anda untuk pelamin tersebut. Selepas itu, kami akan memberi beberapa proposal di dalam bentuk 3D. Perbincangan selanjutnya berdasarkan daripada proposal-proposal tersebut.




Apa itu Pelamin
'Ready Made' ?

Pelamin ini ialah pelamin yang pernah digunakan oleh clients sebelum ini. Anda boleh melihat design-design tersebut di FB ataupun di blog ini sendiri. Ia tidak semestinya menggunakan 100% daripada design sebelum ini dan anda diberi pilihan untuk menukar beberapa benda pada design tersebut tetapi tidak melebihi 50% daripada design asal. (eg. colour, bunga dan sebagainya)



Bagaimana nak tempah Pelamin
'Ready Made' ?

Anda hanya perlu memberitahu kami design mana yang anda inginkan dan kami akan memberi quotation bagi design tersebut. Selepas itu, kami akan memberi proposal di dalam bentuk 3D untuk pengesahan pihak anda.




Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada
info@hanazakaria.com.my