Hana Zakaria Wedding Planner: Home Wedding Advice by Hana Zakaria

Home Wedding Advice by Hana Zakaria

Assalamualaikum...

Di sini adalah sedikit ulasan dan advice dari Hana Zakaria mengenai perkahwinan di rumah / Home Wedding khas bagi anda yang masih tidak dapat lagi tidak dapat membuat keputusan mengenai lokasi masjlis perkahwinan anda.


Kelebihan Home Wedding :

- Menjimatkan masa kerana anda tidak perlu memilih tarikh yang masih 'available' dan sudah boleh mula untuk membuat persiapan secepat mungkin.

- Tiada peraturan dan tidak terbatas kerana itu adalah rumah anda, contohnya di dewan ada kawalan masa bagi majlis resepsi iaitu dari pukul 9-4petang sahaja manakala di sesetengah dewan atau hotel anda tidak boleh memilih catering/pelamin/servis yang anda mahukan kerana mereka mempunyai panel mereka sendiri.

- Dapat menghasilkan kenangan yg sangat manis dan indah contohnya semasa anda turun dari tangga untuk ke majlis pernikahan di tingkat bawah, anda akan mengingati saat tersebut sampai bila-bila.

Perkara yang perlu anda ingat dan ambil berat untuk home wedding :

- Tetapkan peraturan di rumah secara tak langsung, iaitu dengan mengunci semua pintu bilik kecuali bilik tetamu dan bilik pengantin.

- Semua barang berharga di simpan di dalam bilik ibu bapa dan dikunci dan dijaga oleh ahli keluarga yang sangat anda percayai.

- Jika event anda pada waktu malam, sudah tentu anda inginkan bantuan deretan cahaya lilin yang cantik. Meletak kan lilin di tempat terbuka, akan mendatangkan bahaya. Penggunaan holder dan floating candles adalah yang paling selamat.

- Menentukan ruang yang sesuai bagi pelamin anda supaya anda selesa untuk bersama dengan para tetamu yang hadir dan sesi bergambar.

Hana juga mengadakan 1 event di rumah iaitu majlis pernikahan, sampai hari ini Hana masih ingat saat  turun tangga untuk ke ruang pernikahan :) Hana memilih ruang tamu sebagai tempat untuk meletak kan pelamin nikah.

 Pelamin Nikah Hana :)

Diharapkan ulasan dan advice di atas dapat membantu anda. Lain kali Hana akan sediakan tips untuk Hall Wedding pula :)